Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya
-
-
-
Bendera Hang Tuah Jaya
Bendera
Mohor rasmi bagi Hang Tuah Jaya
Mohor
Nama samaran: -
Moto: Bandar raya Pintar
Hang Tuah Jaya is located in Bumi
Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya (Bumi)
Kedudukan di Semenanjung Malaysia
Hang Tuah Jaya is located in Bumi
Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya (Bumi)
Kedudukan di Malaysia
Koordinat: 2°16′00″N 102°17′00″E / 2.26667°N 102.28333°E / 2.26667; 102.28333
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Pengisytiharan 25 Jun 2006
Kerajaan
 - Ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
 - Yang Dipertua MPHTJ Sapiah binti Haron
Kawasan
 - Jumlah 55.8 batu persegi (144.61 km²)
Ketinggian kaki (Ralat ungkapan: Pengendali * tidak dijangka m)
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 47, 473
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: www.mphtj.gov.my

Hang Tuah Jaya merupakan sebuah bandar satelit bagi Bandaraya Melaka yang juga merupakan pusat pentadbiran baharu negeri Melaka bermula pada Jun 2006. Bandar ini juga digelar sebagai 'Putrajaya' Melaka. Pusat pentadbiran Hang Tuah Jaya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya Melaka. Kawasan ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Seri Negeri juga terletak di sini, berhampiran Persimpangan Seri Negeri - MITC.

Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 144.61 kilometer persegi, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Hang Tuah Jaya merangkumi bandar-bandar seperti Ayer Keroh, Bukit Katil, Batu Berendam, Bukit Baru, Ayer Molek, Durian Tunggal dan Bemban serta beberapa pekan dalam lingkungan kawasan ini. Kebiasaannya, istilah Hang Tuah Jaya jarang digunakan oleh penduduk sekitar, memandangkan istilah ini baru sahaja dicipta. Mereka lebih sesuai menyebut nama bandar seperti Ayer Keroh dan sebagainya. Papan tanda juga tiada yang tertulis 'Hang Tuah Jaya' , hanya nama-nama bandar yang menjadi sebahagian daripada kawasan ini. Secara geografinya juga, seluruh kawasan ini (kecuali Bemban dan Durian Tunggal) merupakan sebahagian daripada Bandaraya Melaka, jadi tidak hairan sekiranya ada yang menggelarkan kawasan ini ialah Bandaraya Melaka.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search